Monday, 21 November 2011

Bersama-sama kita menonton wayang

Happy Feet 2 Trailer


The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn Trailer


Puss In Boots Trailer

Saturday, 5 November 2011

Murid lemah untuk membina ayat

Sekolah saya telah menjalankan peperiksaan akhir tahun pada bulan Oktober yang lalu. Setalah menyemak kertas peperiksaan , saya telah pun mendapati murid-murid agak lemah dalam bahagian membina ayat. Hal ini demikian kerana mereka telah dipengaruhi oleh penggunaan bahasa ibunda ( bahasa Cina) sehingga membina ayat dengan struktur ayat yang salah. Untuk mengatasi masalah ini , saya telah menyediakan beberapa keping latihan membina ayat supaya dapat mengukuhkan ingatan mereka.

Wednesday, 19 October 2011

Aspek Seni Bahasa dalam Bahasa Malaysia

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan dan dilaksanakan mulai tahun 2011. Terdapat sedikit sebanyak perbezaan antara mata pelajaran dalam KBSR dan KSSR. Bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, memanglah agak berbeza dengan sukatan pelajaran yang lama. Selain kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran membaca, aspek seni bahasa dan tatabahasa juga ditekankan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Jadi, saya telah memaparkan beberapa lagu yang menarik agar murid dapat belajar perkataan BM melalui nyanyian secara didik hibur.