Wednesday 19 October 2011

Aspek Seni Bahasa dalam Bahasa Malaysia

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan dan dilaksanakan mulai tahun 2011. Terdapat sedikit sebanyak perbezaan antara mata pelajaran dalam KBSR dan KSSR. Bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, memanglah agak berbeza dengan sukatan pelajaran yang lama. Selain kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran membaca, aspek seni bahasa dan tatabahasa juga ditekankan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Jadi, saya telah memaparkan beberapa lagu yang menarik agar murid dapat belajar perkataan BM melalui nyanyian secara didik hibur.

1 comment:

  1. Betway casino in the UK - DRMCD
    Betway is one 창원 출장안마 of the largest online 서울특별 출장안마 betting sites. They are owned 강원도 출장마사지 and operated by the Malta Gaming Authority and are operated by the  Rating: 서울특별 출장안마 3.8 · ‎Review by 당진 출장마사지 Dr

    ReplyDelete